Pages

Saturday, 17 March 2012

Terma dan syarat pembelian

1) Semua urusniaga adalah di dalam Ringgit Malaysia.

2) Deposit untuk setiap tempahan adalah 50% dari jumlah keseluruhan pembelian dan ia tidak dipulangkan sekiranya terdapat tempahan yang dibatalkan oleh pembeli setelah persetujuan antara kedua-dua pihak dicapai.

3) Bayaran deposit dibayar setelah design akhir dipersetujui oleh pembeli dan sebagai tanda persetujuan, kami akan meminta bayaran deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan. Baki 50% perlu dibayar sebelum tempahan dihantar kepada pelanggan. Hanya selepas bayaran penuh diterima, kami akan menghantar tempahan kepada pelanggan.

4) Harga yang dinyatakan tidak termasuk kos penghantaran.

5) Kami menyediaan perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Kos penghantaran adalah di antara RM 15 hingga RM 50 mengikut tempat.

6) Kepada pelanggan yang ingin mengambil tempahan mereka sendiri, adalah amat dialu-alukan. Lokasi pengambilan adalah di Putrajaya.

7) Bagi tujuan penghantaran melalui pos, kami menyediakan penghantaran melalui pos laju dan segala kos penghantaran perlu ditanggung oleh pelanggan.

No comments:

Post a Comment